Followers

Please Click, saya nak pegi melancong ke england

Dyg Nurfathiah & Abd Rahim

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 25, 2011

Al kisah Hantu Bangkit

assalamualaikum & selamat petang! lama gak dah aku x update blog ni.. xde cerita nak kongsi, salu copy paste and luahan perasaan keluh kesah kasam masemmmm. Ni gara Facebook yg banyak virus "hi. how are you?" tu la.. grrrrr! salu aku online x bukak pun chat box, arini aku terbukak! bukak sebab nak mmbicangkan hal2 terpenting dan tertentu dengan mmber. Suddenly, ade la sorg mamat yg tegur aku.. >>" hi cik dayang nurfathiah bt abg jama'aludin panjang btol name? (dah ko sbut dgn nama bpk aku skali) mcm org keturunan baik2 (mana ko tau, aku cucu kerry king slayer u know,hak3).. ok Al kisah nya di sini,dia bagi aku soalan yg aku sendiri pun x tau nak jawab apa lagi mengetahui nya. Dia tanya kaitan hantu bangkit dengan keturunan aku. Agak blur aku d tanya oleh si mamat tuh! honestly aku mmg x tau ape2 , ade plak dia ckp aku x ambik berat n sambil lewa je tentang keturunan sendiri, sedangkan mitos tu cukup famous la konon nya d kalangan bangsa kami. (cam ne aku boleh x tau? >> sbb aku bukan jenis yg 100% percaya dgn benda tahyol n karut ni, helloo bro ikut logik akal la..) tapi tergerak jugak hati aku nak research pasal benda ni.. (NAHHH! mmg ade kaitan, tp kesahihan nya masih x jelas! kdg2 ada certain part buat aku hangin jugakkk!!.) 
terkait dengan SUMPAHAN, POKOK KEDONDONG,MAKSIAT,MAYAT DAN KUCING HITAM. aku mmg xfaham. masing2 dengan pendapat dan dr sumber tertentu.. 

p/s: kalo dah mati mmg mati punya, xde nak angkat balik la, ade pun yg angkat tu SAKA!! " mintak jaoh sekalian bala. WALLAHUALAM .. oleh kerana ketaksuban dengan hantu2 maka aku serta kan list2 hantu sepanjang zaman layan \m/


1. HANTU AIR- Semangat atau roh yang tinggal dalam air.

2. HANTU ANAK GUA BATU - Menghuni gua batu diseru oleh pawang perempuan di Utara Semenanjung.

3. HANTU APU - Hantu tikar yang tidak bahaya gemar kepada majlis keramaian.

4. HANTU BAJANG - Hantu belaan yang selalu mengganggu kanak-kanak menyerupai musang.

5. HANTU BALUNG BIDAI - Semangat jahat yang tinggal dalam air menyerupai tikar, menggulung mangsa dan melemaskan.

6. HANTU BANDAN - Semangat air terjun, kepalanya menyerupai kawah tembaga.

7. HANTU BANGKIT - Hantu kubur orang mati dibunuh.

8. HANTU BATU - Tergolong dalam hantu yang baling batu.

9. HANTU BELIAN - Semangat harimau, semangat belaan.

10.HANTU BERUK - Semangat beruk yang merasuk penari-penari.

11.HANTU GALAH - Sangat tinggi macam hantu tinggi.

12.HANTU GENGAL - Semangat hantu jahat yang menyebabkan bisu.

13.HANTU GOLEK - Hantu kubur yang bergerak dengan bergolek kerana badannya berbungkus.

14.HANTU GULUNG - Hantu air yang menggulunga mangsa.

15.HANTU GUNUNG - Semangat yang menghuani gunung ganang.

16.HANTU BULU - Semangat yang diseru oleh pawang.

17.HANTU HANTUAN - Semangat yang berkaitan dengan hutan.

18.HANTU HARIMAU/KERAMAT- Semangat yang menjaga tapak-tapak keramat.

19.HANTU HITAM - Hantu yang berasal dari kalangan hindu.

20.HANTU HUTAN - Semangat hutan yang dianggap hantu tertua dikenali hantu rimba.

21.HANTU JAMUAN - Hantu limunan yang mesti dijemput pada jamuan jika tidak akan mengganggu majlis.

22.HANTU JEMBALANG - Semangat yang lazimnya dikaitkan dengan tanah setiap kali tanah diganggu persembahan mesti disediakan.


23.HANTU JERAMBANG - Semangat jahat yang muncul ditengah-tengah laut dan melekap ditiang layar kapal.

24.HANTU KUANG - Mata 100, serupa burung kuang di seru oleh pawang.

25.HANTU KUBUR - Hidup dekat kubur, menyerang manusia pada waktu malam.

26.HANTU KUDA - Semangat kuda yang merasuk penari kuda kepang.

27.HANTU LANGSUIR - menghisap darah manusia, asal dari perempuan mati bersalin atau terkejut anak yang lahir mati.

28.HANTU LANGUT/LONGGAK - Hantu pemburu yang berkepala anjing berbadan manusia.

29.HANTU LAUT - Semangat laut juga dikenali hantu raya.

30.HANTU LEMBONG - Semangat yang menghuni bonjol pada pokok tualang.

31.HANTU LEMONG - Semangat yang tinggal diantara langit dan bumi yang bergerak pada waktu malam.

32.HANTU LUBANG - Semangat yang tinggal dalam lubang besar atau batu besar.

33.MAMBANG - Semangat kuno yang berasal dari Indonesia.

34.HANTU BISA - Hantu jahat yang dikaitkan dengan keracunan darah.

35.HANTU BUJANG - Hantu sembelih muda, belaan pawing perempuan di selatan Thai.

36.HANTU BUNGKUS - Hantu kubur, menyerupai kain kapan mayat ketika mengganggu mangsanya.

37.HANTU BUNYI-BUNYIAN - Hantu halimunan, tidak boleh di dengar, menyesatkan orang di dalam hutan .

38.HANTU BUTA - Menyebabkan buta. Tergolong dalam hantu bawa penyakit.

39.HANTU CIKA - Menyebabkan kembung malam dan hantu yang bawa penyakit.

40.HANTU DAGUK - Menyerupai awan berbentuk aneh, hantu orng yang mati dibunuh.

41.HANTU DAPUR - Seorang perempuan tua jika meragam akan menghidupkan bara api yang sudah lama padam.

42.HANTU DENAI - Hantu syaitan, laluan binatang buas dan berkait rapat dengan hutan.

43.HANTU DOMAN - Semangat jelmaan hanuman, dewa monyet, tidak menyerupai monyet tetapi manusia berkepala kuda atau anjing.


44.HANTU GAHARU - Semangat yang kuat dan merbahaya yang menjaga kayu gaharu.

45.HANTU ORANG MATI DIBUNUH- Hantu yang mati dibunuh yang menuntut bela.

46.HANTU ORANG/JEMBALANG - Hantu dalam bentuk orang bertopi merah bersandar pada tongkat makan tanah asal orang mati.

47.HANTU PUSAKA - Semangat keturunan berkaitan dengan pawang.

48.HANTU PUTERI - Menyerupai gadis cantik yang menggoda jantan atau lelaki yang selalu membuat maksiat atau berzina, sehingga sesat jauh kedalam hutan.

49.HANTU RAYA - Hantu yang besar, semangat utara yang sangat kuat, dikaitkan dengan batu, laut, tanah, hutan serta pemburu.


50.HANTU RIBUT - Semangat hutan belantara yang menggangu orang yang mengembara seorang diri.

51.HANTU SAWAN - Menyebabkan sawan kepada budak-budak kecil.

52.HANTU SONGKEI - Semangat yang membuka jerat atau perangkap bagi melepaskan binatang, dipercayai cucu hantu pemburu.

53.HANTU TANAH - Semangat tanah hampir sama dengan spesis jembalang tanah.

54.HANTU TENGGELUNG - Hantu yang tanpa kepala berasal dari Kedah, sama dengan spesis penanggalan.

55.HANTU TIGA BERANAK - Keluarga tiga beranak yang jahat, yang bertukar menjadi hantu setelah disumpah oleh guru mereka.

56.HANTU PANCUR - Semangat yang tinggal di anak sungai terutama di air terjun.

57.HANTU PEKAK - Menyebabkan pekak dan golongan bawa penyakit.

58.HANTU PELAK - Hantu yang berdendam menuntut bela, menghantui tempat jenayah berlaku.

59.HANTU PELESIT - Hantu belaan disimpan oleh perempuan, digunakan untuk tujuan jahat, makan nasi, telur dan darah dari jari tuannya


60.HANTU PEMBURU - Dikaitkan dengan asal manusia di Sumatera.

61.HANTU PENANGGALAN - Hantu betina penghisap darah.

62.HANTU PENYAKIT - Tergolong dalam hantu yang bawa penyakit.

63.HANTU PERBUATAN - Dicipta untuk menyakiti musuh.

64.HANTU POLONG - Hantu belaan yang dipelihara oleh lelaki untuk menyakiti musuh, makan darah dari jari tuannya.

65.HANTU PONTIANAK - Menghisap darah, dipercayai anak yang mati lahir dari langsuir.

66.HANTU PUAKA - Semangat yang sering datang sewaktu fenomena alam.

67.HANTU KOPEK -Merupakan perempuan tua yang besar dengan tetek labuh yang digunakan untuk menyerang mangsa.

68.HANTU KOCONG - Juga dikenali hantu kelubung yang menunggu mangsa di tanah perkuburan.

69.HANTU KETUMBUHAN - Membawa penyakit cacar, daripada golongan hantu pembawa penyakit.

70.HANTU KERTAU - Semangat jahat yang sangat merbahaya waktu kelahiran bayi, dikatakan mempunyai kepala b a b i hutan dan bertanduk rusa.

71.HANTU KERAMAT - Hantu warak dianggap baik dan memberi kuasa baik.

72.HANTU KEMBUNG - Menyebabkan sakit perut dan kembung, tergolong dalam hantu pembawa penyakit.

73.HANTU KEMANG - Semangat betina penghuni tanah yang merasuk bayi yang baru lahir, kemamang dalam bahasa jawa bermaksud bebola api.

74.HANTU KAYUNG - Hantu sungai, mungkin dari perkataan kayuh.

75.HANTU JERANGKUNG - Hantu tulang rangka merupakan hantu yang mati dibunuh.

76.HANTU JINJANG - Hantu belaan pawang, yang bermaksud dalam bahasa jawa lama iaitu semangat.

77.HANTU KANGKANG - Hantu jantan, sejawat hantu kopek, ia mengunakan alat sulit ketika menyerang mangsa.

78.TO' KUKU PANJANG - Nama lain hantu pemburu.

79.HANTU URI - Semangat jahat uri, boleh timbulkan kesulitan selepas bersalin (jenis hantu penyakit).

80.HANTU WEWER - Hantu limunan yang menyesatkan pengembara; wewe bererti perempuan tua yang hodoh dalam bahasa jawa.

81.JIN - Semangat bebas (bukan dari orang mati) berasal daripada bahasa arab djinn. Subketegori: jin hitam, jin putih, jin Islam, jin kafir.

83.MAMBANG KUNING - Semangat kuning waktu matahari terbenam yang membawa demam kuning dan sangat merbahaya kepada kanak-kanak.
Boleh diseru oleh pawang.

84.MAMBANG PUTIH - Semangat putih matahari.

85.MAMBANG TALI ARUS - Semangat arus air (hampir menyerupai Hantu Air)

86.PENUNGGU - Semangat penjaga sesuatu tempat. Hampir sama dengan puaka.

87.RAJA HANTU - Semangat yang dikaitkan dengan hantu pemburu.

88.TOYOL - Semangat yang mencuri untuk tuannya.

89.ZAR - Semangat yang kurang penting tetapi nakal.

90.HANTU ORANG MINYAK - semangat jahat yang digunakan oleh seseorang untuk tujuan hidup dengqan lebih lama dan menjadi kebal.

No comments:

Post a Comment