Followers

Please Click, saya nak pegi melancong ke england

Dyg Nurfathiah & Abd Rahim

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label meroyan. Show all posts
Showing posts with label meroyan. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

Here i go

alhamdullilah segala surat n borang selamat sampai petang semalam, lepas ni turn medical check up
and g stamping LHDN.. Barang keperluan pun baru 60% beli, yg lain tunggu last minit. hik3
Tempat posting pun dekat dalam 4-5 jam dr sibu. kehkeh!



2 stgh akan datang! hihi

Friday, November 18, 2011

malas

minggu ni aku malas. minggu ni aku geram.minggu ni aku sebal..
minggu minggu minggu,,

p/s: wey bila surat mo dtg a'ah? cepat aku tau cepat la aku kasi beres semua. huft!

Sunday, October 16, 2011

im back

Nasib bek la labah2 x bersarang. huhu. lama gak aku x update entri baru..
Busy sampai x ada mase, letih dengan masalah duniawi. hahaha!......
 Apa2 pun kali ni aku balik berbloging x nak dah karang panjang lebar,cuma lepas ni blog aku akan d
 penuhi dengan gambar2 yg aku x tau lagi gambar apa. wakakakakak! salam \m/



Wednesday, September 14, 2011

MALAM YANG BUAT AKU PATAH TENGKUK

with: jemi, nurfarisha cha, roi boroi, radin fyzle,
black immolate & enny narratik

butt show. muhahahaha

roaghhhh! hail impiety!!!! \m/


shyaithan kommand!


HAIL!!!!

menggedik hahaha..




IMPIETY - SIBU ABOMINATION / 11.SEPT

PARAMOUNT HOTEL BALL ROOM





p/s: fvkin' awesome! sakit tengkuk nak lagiiii! hail to all ov them! \m/

Thursday, August 11, 2011

workaholic!

org rehat aku keje. aku kan rajin! workaholic katakan! haktuiiii! k, fine! tiba masa melayan muka buku :P



p/s: aku xda transpot nak kehulu hilir mmperagakan diri,so aku decide dok diam2 dlm office. sngt mmbosankan! cissssssss!

Wednesday, August 3, 2011

kefala gua feningggg!

knape la lembab tol aku wat taksiran ni! huarghhhhh!
dah la line LHDH kekadang lembab, dah la aku slow. makin slow... huft!

Thursday, July 28, 2011

aku x puas hati! nak gaduh ke? pecah kepala ko terburai kang!

tajuk bagai nak rak! wakakakakakaka. tp ini mmg kes x puas hati!

SINI!

aku punya laptop 

dr aku study poli sampai skrg! 3 tahun dah aku pakai!!! dulu Rm 1800 skrang ni aku x tau.. kira laptop paling murah aku beli wktu tu. ni pun bukan pilihan hati aku, tetiba ja tgk kat rumah ni haaaaa.. ni pun pakai duit aku sendiri bayar.. 

- then adik num dua aku masuk matriks dengan tangkas dan lancarnya bpk aku angkut balik
::
::
::
::
::
::
V
dia gune yg ni, around Rm 2300>> something la. ni dia pilih sendiri.. sampai skrg masih elok.  baru guna 1tahun.. ni mak yg sponser dia beli! huaaaaaaa :'(

- haaa, adik aku yg no 3 pulak, oleh kerana dia study kat institut perguruan, banyak tol assignment! gilaa. haha, so dia mintak bpk sebuah juga. aku suruh dia pakai aku punya dia x nak! haishhhhh! aku cakap kat dia berkat pakai yg kakak punya! ko tau apa dia jwb ( aku xnak bawak COOLER BESAR! kesana kesini) yela, latptop aku bergantung pada kipas kaki huahuahua! kalo x mmg 5 minit bukak terus off! panas. menandakan laptop aku mmg dah uzur! hak3
nak tengok cooler aku??
::
::
::
::
::
::
::
::
V
tadaaaa!
hahaha! aku x jumpa kat google! mls nak cr lagi.. yg kecik ala2 cenggini la.. wakakaka. ni kipas antik sape punye? (abaikan) haa, cooler aku la yg spesis mcm ni? ko ade? hahahak!

- at last, di pendek kan cite, adik aku beli ......
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
V
aku xmo cakap ape2.. huh!


p/s: laptop aku semakin uzur.slm

Monday, July 25, 2011

Al kisah Hantu Bangkit

assalamualaikum & selamat petang! lama gak dah aku x update blog ni.. xde cerita nak kongsi, salu copy paste and luahan perasaan keluh kesah kasam masemmmm. Ni gara Facebook yg banyak virus "hi. how are you?" tu la.. grrrrr! salu aku online x bukak pun chat box, arini aku terbukak! bukak sebab nak mmbicangkan hal2 terpenting dan tertentu dengan mmber. Suddenly, ade la sorg mamat yg tegur aku.. >>" hi cik dayang nurfathiah bt abg jama'aludin panjang btol name? (dah ko sbut dgn nama bpk aku skali) mcm org keturunan baik2 (mana ko tau, aku cucu kerry king slayer u know,hak3).. ok Al kisah nya di sini,dia bagi aku soalan yg aku sendiri pun x tau nak jawab apa lagi mengetahui nya. Dia tanya kaitan hantu bangkit dengan keturunan aku. Agak blur aku d tanya oleh si mamat tuh! honestly aku mmg x tau ape2 , ade plak dia ckp aku x ambik berat n sambil lewa je tentang keturunan sendiri, sedangkan mitos tu cukup famous la konon nya d kalangan bangsa kami. (cam ne aku boleh x tau? >> sbb aku bukan jenis yg 100% percaya dgn benda tahyol n karut ni, helloo bro ikut logik akal la..) tapi tergerak jugak hati aku nak research pasal benda ni.. (NAHHH! mmg ade kaitan, tp kesahihan nya masih x jelas! kdg2 ada certain part buat aku hangin jugakkk!!.) 
terkait dengan SUMPAHAN, POKOK KEDONDONG,MAKSIAT,MAYAT DAN KUCING HITAM. aku mmg xfaham. masing2 dengan pendapat dan dr sumber tertentu.. 

p/s: kalo dah mati mmg mati punya, xde nak angkat balik la, ade pun yg angkat tu SAKA!! " mintak jaoh sekalian bala. WALLAHUALAM .. oleh kerana ketaksuban dengan hantu2 maka aku serta kan list2 hantu sepanjang zaman layan \m/


1. HANTU AIR- Semangat atau roh yang tinggal dalam air.

2. HANTU ANAK GUA BATU - Menghuni gua batu diseru oleh pawang perempuan di Utara Semenanjung.

3. HANTU APU - Hantu tikar yang tidak bahaya gemar kepada majlis keramaian.

4. HANTU BAJANG - Hantu belaan yang selalu mengganggu kanak-kanak menyerupai musang.

5. HANTU BALUNG BIDAI - Semangat jahat yang tinggal dalam air menyerupai tikar, menggulung mangsa dan melemaskan.

6. HANTU BANDAN - Semangat air terjun, kepalanya menyerupai kawah tembaga.

7. HANTU BANGKIT - Hantu kubur orang mati dibunuh.

8. HANTU BATU - Tergolong dalam hantu yang baling batu.

9. HANTU BELIAN - Semangat harimau, semangat belaan.

10.HANTU BERUK - Semangat beruk yang merasuk penari-penari.

11.HANTU GALAH - Sangat tinggi macam hantu tinggi.

12.HANTU GENGAL - Semangat hantu jahat yang menyebabkan bisu.

13.HANTU GOLEK - Hantu kubur yang bergerak dengan bergolek kerana badannya berbungkus.

14.HANTU GULUNG - Hantu air yang menggulunga mangsa.

15.HANTU GUNUNG - Semangat yang menghuani gunung ganang.

16.HANTU BULU - Semangat yang diseru oleh pawang.

17.HANTU HANTUAN - Semangat yang berkaitan dengan hutan.

18.HANTU HARIMAU/KERAMAT- Semangat yang menjaga tapak-tapak keramat.

19.HANTU HITAM - Hantu yang berasal dari kalangan hindu.

20.HANTU HUTAN - Semangat hutan yang dianggap hantu tertua dikenali hantu rimba.

21.HANTU JAMUAN - Hantu limunan yang mesti dijemput pada jamuan jika tidak akan mengganggu majlis.

22.HANTU JEMBALANG - Semangat yang lazimnya dikaitkan dengan tanah setiap kali tanah diganggu persembahan mesti disediakan.


23.HANTU JERAMBANG - Semangat jahat yang muncul ditengah-tengah laut dan melekap ditiang layar kapal.

24.HANTU KUANG - Mata 100, serupa burung kuang di seru oleh pawang.

25.HANTU KUBUR - Hidup dekat kubur, menyerang manusia pada waktu malam.

26.HANTU KUDA - Semangat kuda yang merasuk penari kuda kepang.

27.HANTU LANGSUIR - menghisap darah manusia, asal dari perempuan mati bersalin atau terkejut anak yang lahir mati.

28.HANTU LANGUT/LONGGAK - Hantu pemburu yang berkepala anjing berbadan manusia.

29.HANTU LAUT - Semangat laut juga dikenali hantu raya.

30.HANTU LEMBONG - Semangat yang menghuni bonjol pada pokok tualang.

31.HANTU LEMONG - Semangat yang tinggal diantara langit dan bumi yang bergerak pada waktu malam.

32.HANTU LUBANG - Semangat yang tinggal dalam lubang besar atau batu besar.

33.MAMBANG - Semangat kuno yang berasal dari Indonesia.

34.HANTU BISA - Hantu jahat yang dikaitkan dengan keracunan darah.

35.HANTU BUJANG - Hantu sembelih muda, belaan pawing perempuan di selatan Thai.

36.HANTU BUNGKUS - Hantu kubur, menyerupai kain kapan mayat ketika mengganggu mangsanya.

37.HANTU BUNYI-BUNYIAN - Hantu halimunan, tidak boleh di dengar, menyesatkan orang di dalam hutan .

38.HANTU BUTA - Menyebabkan buta. Tergolong dalam hantu bawa penyakit.

39.HANTU CIKA - Menyebabkan kembung malam dan hantu yang bawa penyakit.

40.HANTU DAGUK - Menyerupai awan berbentuk aneh, hantu orng yang mati dibunuh.

41.HANTU DAPUR - Seorang perempuan tua jika meragam akan menghidupkan bara api yang sudah lama padam.

42.HANTU DENAI - Hantu syaitan, laluan binatang buas dan berkait rapat dengan hutan.

43.HANTU DOMAN - Semangat jelmaan hanuman, dewa monyet, tidak menyerupai monyet tetapi manusia berkepala kuda atau anjing.


44.HANTU GAHARU - Semangat yang kuat dan merbahaya yang menjaga kayu gaharu.

45.HANTU ORANG MATI DIBUNUH- Hantu yang mati dibunuh yang menuntut bela.

46.HANTU ORANG/JEMBALANG - Hantu dalam bentuk orang bertopi merah bersandar pada tongkat makan tanah asal orang mati.

47.HANTU PUSAKA - Semangat keturunan berkaitan dengan pawang.

48.HANTU PUTERI - Menyerupai gadis cantik yang menggoda jantan atau lelaki yang selalu membuat maksiat atau berzina, sehingga sesat jauh kedalam hutan.

49.HANTU RAYA - Hantu yang besar, semangat utara yang sangat kuat, dikaitkan dengan batu, laut, tanah, hutan serta pemburu.


50.HANTU RIBUT - Semangat hutan belantara yang menggangu orang yang mengembara seorang diri.

51.HANTU SAWAN - Menyebabkan sawan kepada budak-budak kecil.

52.HANTU SONGKEI - Semangat yang membuka jerat atau perangkap bagi melepaskan binatang, dipercayai cucu hantu pemburu.

53.HANTU TANAH - Semangat tanah hampir sama dengan spesis jembalang tanah.

54.HANTU TENGGELUNG - Hantu yang tanpa kepala berasal dari Kedah, sama dengan spesis penanggalan.

55.HANTU TIGA BERANAK - Keluarga tiga beranak yang jahat, yang bertukar menjadi hantu setelah disumpah oleh guru mereka.

56.HANTU PANCUR - Semangat yang tinggal di anak sungai terutama di air terjun.

57.HANTU PEKAK - Menyebabkan pekak dan golongan bawa penyakit.

58.HANTU PELAK - Hantu yang berdendam menuntut bela, menghantui tempat jenayah berlaku.

59.HANTU PELESIT - Hantu belaan disimpan oleh perempuan, digunakan untuk tujuan jahat, makan nasi, telur dan darah dari jari tuannya


60.HANTU PEMBURU - Dikaitkan dengan asal manusia di Sumatera.

61.HANTU PENANGGALAN - Hantu betina penghisap darah.

62.HANTU PENYAKIT - Tergolong dalam hantu yang bawa penyakit.

63.HANTU PERBUATAN - Dicipta untuk menyakiti musuh.

64.HANTU POLONG - Hantu belaan yang dipelihara oleh lelaki untuk menyakiti musuh, makan darah dari jari tuannya.

65.HANTU PONTIANAK - Menghisap darah, dipercayai anak yang mati lahir dari langsuir.

66.HANTU PUAKA - Semangat yang sering datang sewaktu fenomena alam.

67.HANTU KOPEK -Merupakan perempuan tua yang besar dengan tetek labuh yang digunakan untuk menyerang mangsa.

68.HANTU KOCONG - Juga dikenali hantu kelubung yang menunggu mangsa di tanah perkuburan.

69.HANTU KETUMBUHAN - Membawa penyakit cacar, daripada golongan hantu pembawa penyakit.

70.HANTU KERTAU - Semangat jahat yang sangat merbahaya waktu kelahiran bayi, dikatakan mempunyai kepala b a b i hutan dan bertanduk rusa.

71.HANTU KERAMAT - Hantu warak dianggap baik dan memberi kuasa baik.

72.HANTU KEMBUNG - Menyebabkan sakit perut dan kembung, tergolong dalam hantu pembawa penyakit.

73.HANTU KEMANG - Semangat betina penghuni tanah yang merasuk bayi yang baru lahir, kemamang dalam bahasa jawa bermaksud bebola api.

74.HANTU KAYUNG - Hantu sungai, mungkin dari perkataan kayuh.

75.HANTU JERANGKUNG - Hantu tulang rangka merupakan hantu yang mati dibunuh.

76.HANTU JINJANG - Hantu belaan pawang, yang bermaksud dalam bahasa jawa lama iaitu semangat.

77.HANTU KANGKANG - Hantu jantan, sejawat hantu kopek, ia mengunakan alat sulit ketika menyerang mangsa.

78.TO' KUKU PANJANG - Nama lain hantu pemburu.

79.HANTU URI - Semangat jahat uri, boleh timbulkan kesulitan selepas bersalin (jenis hantu penyakit).

80.HANTU WEWER - Hantu limunan yang menyesatkan pengembara; wewe bererti perempuan tua yang hodoh dalam bahasa jawa.

81.JIN - Semangat bebas (bukan dari orang mati) berasal daripada bahasa arab djinn. Subketegori: jin hitam, jin putih, jin Islam, jin kafir.

83.MAMBANG KUNING - Semangat kuning waktu matahari terbenam yang membawa demam kuning dan sangat merbahaya kepada kanak-kanak.
Boleh diseru oleh pawang.

84.MAMBANG PUTIH - Semangat putih matahari.

85.MAMBANG TALI ARUS - Semangat arus air (hampir menyerupai Hantu Air)

86.PENUNGGU - Semangat penjaga sesuatu tempat. Hampir sama dengan puaka.

87.RAJA HANTU - Semangat yang dikaitkan dengan hantu pemburu.

88.TOYOL - Semangat yang mencuri untuk tuannya.

89.ZAR - Semangat yang kurang penting tetapi nakal.

90.HANTU ORANG MINYAK - semangat jahat yang digunakan oleh seseorang untuk tujuan hidup dengqan lebih lama dan menjadi kebal.

Friday, July 1, 2011

fade up


SENYUM?

p/s: jgn menilai dr luar, dlm ko x tau! 

Saturday, June 25, 2011

kisah dunia yg entah pape, tp itu la hakikat nya!

-penuh dengan harap resultnya hanya keputusan yg punah hancur bak di gilis trailer.

-setia pada sesuatu yg dijanjikan resultnya hanya menunggu blue hippo memanjat pokok.

-hormat niat di hati resultnya pemberontakan terrorist terjadi.

- kejujuran  tertanam resultnya boleh blahhh!

- kasih syg mendalam resultnya pembunuhan terjadi..


p/s: renung2kn ! selamat pagiiii \m/

Wednesday, June 22, 2011

apa daya ku!

salam \m/ ! tajuk x bersemangat langsung! mcm mo mampus ja!
 nak hidup mmg mcm2 karenah! kalo x nak tengok mcm2 karenah and sandiwara bek tak payah hidup kan, g mampos lg bgs<< (kdg2 word ni mmg aku lempar baling  kat aku sendiri) "yela apa daya ku" kan.. sbg manusia n hambaNYA kene terima semua yg dah d tentukan.. hmm. nak berjaya kene ade usaha,doa, tawakal! yaaa tu sume aku dah tau.. mak aku mmg didik aku dgn baik. cume hati aku ni ade keras sikit mcm batu xla mcm sangat. mcm besi? keras lagi dr tu.. kdg aku mmg melampau2 meroyan mengalahkan hulk! hulk pun x mcm aku.. but lately aku ni mcm senang di tolak ke tengah ke tepi keblang ke depan ke bawah .. just ke ats ja x bole, sbb aku ni spesis yg cute! << (berat ok!) dlm erti kata yg padat senang dan ringkas aku PASRAH! 

bunyi mcm org frust bercinta?! pala hotak ko!!! ko tau apa aku punya problem? kalo bab2 bercinta aku x hingenn nak fikir umpama menghentak kepala ke dinding.. bek aku headbanging!!!!! xpun layan shagrath growling! ade jugak faedah!!! blahhhh n nyahhh anasir2 itu dr minda.. ok!!! ni frust pasal kehidupan, hala tuju, n masa depan! pengharapan org tua and pandangan org kat aku! .. aku xleh nak handle perasaan benci bila org pandang rendah kat aku or org len dan sekutu dengan nya! rase mcm nak bunohhhhhhhhhhh! nasib baik mak aku ade sbg ubat penenang jiwa yg sudah d anggap rosak oleh segelintir pihak yg sok suci n berkaliber tinggii.. go to noraka jahanummm laaaa ...  and to mamak! i love u, semoga tuhan sentiasa merahmati!!! kau la ibu mithali! thanks sbb selalu kasihi aku serta nasihat n didikan yg cukup! trust me on day, i'll prove it!.. kata2 si dajal2 durjana d luar sana hanya makan diri sendiri jak.. pergi mampos la dajallllll! 


p/s: love my family and my blog. hailllzzz!

Monday, June 20, 2011

\m/ harapan \m/

esok apply aku punya loan. harap d approve .. semoga lancar 

Thursday, June 16, 2011

Sunday, June 12, 2011

dugaan..

gua x tau, kenapa gua emotional semacam dr mlm tadi sampai pagi ni, x boleh tahan wooo!
can i put the curse here? (YEAH! INI BLOG AKU)  lahanat punya perasaan! nape suma org??
aku ni hodoh ke? jahat ke? adik aku sendiri pon xnak aku pelok dia!!! waaa. touching, kepala hotak tol la..!
aku x tau cam na perasaan ni dtg .. dr mlm tadi marah sedih marah sedih! BLAHHHH! !


p/s: xleh nak cool down.. :<

Thursday, June 9, 2011

becoming birthday..





 sptut nya bday "dia" 13th june. tp aku celebratekan semalam 9th june.. bkn ape, sbb aku busy sngat2.. ni je mse yg ade. so aku xnak "dia" ckp aku x ingat and care pasal "dia".. kalo boleh mmg nak buat on time :"(.. Tp xpe, sbb "dia" nampak sangat hargai apa yg aku buat semalam.. Bahagia tengok dia senyum2 ketawa.. Paling terharu >> "ni la kek birthday pertama dlm seumur hidup"<< omaigoddd! cam x cayee! 
SEMOGA PANJANG UMUR AND D MURAHKAN REZEKI SYG :')


p/s: aku blm kasi present,  xtau nak bagi ape.. ????

Monday, June 6, 2011

Adakah Aku Pengidap Penyakit Alzheimer ?


Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.
Alzheimer digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) yang dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal. Keadaan ini amat membebankan bukan saja kepada si penghidapnya, malah ahli keluarga yang menjaga. Penyakit Alzheimer yang menurunkan fungsi memori ini juga menjejaskan fungsi intelektual dan sosial penghidapnya. Biasanya, ahli keluarga hanya datang membawa pesakit berjumpa doktor apabila mereka sudah tidak tahan dengan gejala pesakit.
Hingga kini, punca sebenar penyakit ini tidak diketahui. Tetapi, ia bukanlah disebabkan penuaan. Bagaimanapun, saintis berpendapat, ia dikaitkan dengan pembentukan dan perubahan pada sel-sel saraf yang normal menjadi serat.
Risiko untuk menghidap Alzheimer, penyakit yang sinonim dengan warga tua ini, meningkat seiring dengan pertambahan usia. ``Bermula pada usia 65 tahun, seseorang mempunyai risiko lima peratus menghidap penyakit ini dan risiko ini meningkat dua kali ganda setiap lima tahun, kata Pakar Psikogeriatrik, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Pusat PerubatanUniversiti Malaya (PPUM), Dr. Esther Ebeenezer.
Menurut Esther, sekalipun penyakit ini dikaitkan dengan warga tua, namun sejarah membuktikan bahawa pesakit pertama yang dikenal pasti menghidap penyakit ini ialah wanita dalam usia awal 50-an.

  • mintak jaoh la dr AL-ZH-EI-MER ni.. tp melalui sumber di atas penyakit ni bermula pada 65 tahun ke atas.. tp juga menyebut bukan atas faktor tua.. BLUR! tp honest aku mengalami masalah lupa  NYANYUK since aku from 4 dulu.. cikgu and kwn2 pun perasan, kdg2 naik berang dengan aku.. kdg2 pun aku naik rimas n rase nak nangisss dgn diri sendiri.. hmm.. aku punye fungsi intelektual dan DOWN ke?  atau aku ni yang salu AMBIK SAMBIL LEWA.. hmm

MOOD

FACEBOOK DEACTIVED

Thursday, June 2, 2011

berbanyak2 maaf dan keampunan dr saya

salam, dan selamat pagi, ok straight to the point! aku nak mintak maaf sgt kat mmber2 blogger yg bertandang ke blog aku dan tegur aku, tp aku buat dek n x nak tegur  maaf sangat2.. bukan xnak respon korang balik, buat mase skg aku busy sangat dgn keje.. komitmen mesti ade baru gaji aku boleh naik! tu la serious memanjang skrg ni.. nak update pun kene awal pagi, sbb mmg xde mase aku nak sentuh laptop.. (mlm xdpt ke?) ko tau aku penat!! xleh, balik2 pengsan, mlm untuk manusia tdo ok!  (kat tmpt keje?) tu pun berharap dgn phone nak on9, tp aku xleh nak update blog by phone sbb aku xde smart phone (aku x kaya ok!) .. haha.. men fb je boleh! fb mun aku dh xde mase, mmg serious nak cari duit!!!! kalau ambik sambil lewa mane nak dpt duit kan! ! yer duit duit duit duit je dalam kepala hotak aku, sampai life sendiri pun dah x terurus, yela dah duit penting skrg.. itu ini sume nak duit,dah la pinjaman time aku belajar dulu blom byr balik! x naya gitu?? haha fuhh!!!! (mst ade yg ngate aku mata duitan) haha terpulang kpd anda utk menilai! mecarut melalut pulak daaa.. hmm


p/s:   MINTAK MAAF SANGAT2.. PLS JGN CAKAP AKU SOMBONG.. :'(

Wednesday, June 1, 2011

merepek meracau mencarut

sorry la lame x update. Quite busy! Aku xtau nak letak entry ape.. kekosongan
kekeringan lagi kekontangan idea.. Len kali boleh x suggest kan entry2 yg menarik untuk tia
research  dan di kongsikan bersama.. haha! asyik entry merapu and entry copy paste mmg korang jemu meluak naik muntah hijau bercampur purple da..! nak jugak buat entry yg sume org layan, syok d baca lagi touching come frm heart (ayat poyo, toye smcm rasa nak terajang plak!) ha ha ha ha!





iklan sebentar:


baju aku dah sampai wey!  haha! thnks bro varahiem-immolate.. lembut tee ni.. x rugi! hehe..
korang nak jugak? ade mcm2 tee band (ex. iron maiden megadeth,burzum) n sbg nya.. harga RM 35 inc post. kalau nak >> SINI<< ok aku nak prepare turun keje.. hv great day all! heil \m/

Tuesday, May 17, 2011

"kreator-pleasure to kill" jadi taruhan Part.2

sambungan untuk bm vs mastika

"Dan tidak hairan jika ada diantara mereka yang mendengar bisikan-bisikan supaya melakukan pembunuhan"






klik imej utk preview yg jelas


p/s: akhil hayy pun layan metal la.. xde pun bunuh org! hahah